Dari
segi ekonomi,sektor pelancongan dapat meningkatkan ekonomi negara dari segi
pengaliran wang asing masuk ke negara kita. Pelancong yang datang dari negara
luar harus menukar mata wang negara mereka kepada mata wang Ringgit Malaysia
sebelum boleh berbelanja di sini. Jumlah pendapatan negara melalui pertukaran
wang asing telah meningkat daripada RM132 juta pada tahun 1970 kepada RM545
juta pada tahun 1980. Manakala pertukaran mata wang asing pula terus memberi
sumbangan kepada negara dengan RM713.4 juta pada tahun 1980 meningkat kepada RM
1,730.6 juta pada tahun 1985. Ini dapat dilakukan sama ada di bank tempatan
atau di pusat pertukaran mata wang asing. Mata wang asing ini kemudian disimpan
untuk digunakan ketika membiayai perbelanjaan mengimport barang dari luar
negara. Peniaga mata wang asing juga mendapat keuntungan daripada pernigaan
yang dijalankan. Pengaliran masuk mata wang asing ke negara kita bukan sahaja
menguntungkan entiti perniagaan bahkan dapat digunakan untuk membeli barangan
keperluan asas untuk rakyat tempatan dari luar negara.
Di
samping itu,sektor pelancongan juga dapat memajukan bidang perniagaan di
Malaysia. Ini adalah kerana pelancong asing yang datang ke Malaysia memerlukan
tempat penginapan, makanan dan minuman, perkhidmatan pengangkutan, juru pandu
pelancong dan perkhidmatan yang lain-lain. Pelancong asing amat menggemari
makanan sama ada makanan tradisonal mahu pun makanan barat di Malaysia. Mereka
diberi pilihan yang amat banyak sama ada menikmati makanan di hotel bertaraf
lima bintang, medan selera yang besar dan berhawa dingin mahupun di kedai dan
warung yang terletak di tepi jalan. Mereka juga boleh menikmati hidangan
makanan laut di restoran yang didirikan secara terapung di atas air. Sambil
menikmati makanan, mereka dapat menghirup panorama yang amat cantik dan
menghirup udara segar di tepi laut. Permintaan yang tinggi terhadap makanan ini
mewujudkan peluang perniagaan yang luas kepada usahawan tempatan. Pusat-pusat
penginapan juga giat dibina bagai cendawan tumbuh selepas hujan di kawasan
peranginan seperti di pulau dan tepi pantai. Pelancong asing diberi pilihan
untuk menginap di hotel bertaraf lima bintang, resort atau menginap secara
pakej seperti ”Eco-Tuorism” yang membolehkan pelancong asing menginap di rumah
kampung dan mempelajari cara hidup masyarakat termasuk cara berpakaian, makanan
tradisional dan sebagainya. Pelancong juga memerlukan perkhidmatan pengangkutan
untuk bergerak dari satu lokasi pelancongan ke lokasi yang lain. Ini
membolehkan pengusaha bidang pengangkutan seperti bas, teksi, van, bot, feri
dan lain-lain mendapat peluang untuk menjalankan perniagaan. Oeh itu,sektor
pelancongan ini telah banyak menyumbang dari segi ekonomi terhadap negara kita.
Selain
itu, industri pelancongan juga telah membuka banyak peluang pekerjaan kepada
penduduk tempatan seperti perusahaan restoran, peruncitan, pernyedian
perkhidmatan pengangkutan, dan penyediaan penginapan. Guna tenaga yang terlibat
secara langsung dalam industri perhotelan telah meningkat dari 25,170 pada
tahun 1985 kepada 39,960 pada tahun 1990 dengan mewujudkan tambahan pekerjaan
sebanyak 14,790. Bilangan agensi pelancongan juga bertambah dari 611 pada tahun
1985 kepada 1,545 pada tahun 1990. Dalam tempoh itu juga, sebanyak 8,330 lesen
telah dikeluarkan kepada syarikat-syarikat bas persiaran, teksi, dan kereta
sewa. Melalui subsektor eko-pelancongan, ia telah membuka peluang kepada penduduk
tempatan untuk melibatkan diri dalam penyediaan penginapan melalui program
homestay. Pada tahun 2010, seramai 2,998 orang telah dilatih dan diberi lesen
untuk mengendali penginapan homestay di seluruh negara. Selain itu, kerajaan
telah mempromosikan pakej pelancongan komuniti orang asli telah membuka peluang
pekerjaan kepada orang asli menjadi pemandu bot dan pemandu pelancong alam
semulajadi. Secara tidak langsung, program seperti ini akan membuka peluang
pekerjaan kepada penduduk tempatan disamping meningkatkan lagi pendapatan
mereka.
Dari
segi politik,sektor pelancongan dapat memperkenalkan negara Malaysia ke
seantero dunia. Misalnya, melalui kejohanan perlumbaan kereta Formula 1 di
litar Sepang, Sukan Komanwel 1998, kita dapat mempopularkan negara kita dalam
kalangan peminat sukan dunia. Selain itu, kita dapat membuktikan bahawa kita
mampu menjadi tuan rumah bagi sukan berprestij dunia yang lengkap dengan
pelbagai kemudahan prasarana. Slogan ‘’Malaysia Boleh’’ telah membuktikan
keupayaan negara kita dalam penganjuran sukan yang bertaraf antarabangsa
tersebut. Melalui penganjuran Kejohanan F1, Malaysia dapat dipromosi ke seluruh
dunia dengan kos yang rendah melalui siaran langsung kejohanan tersebut ke
seluruh dunia. Ini telah membuktikan bahawa tarikan penganjuran sukan bertaraf
dunia bukan sahaja menggalakkan kedatangan pelancong ke negara kita bahkan
dapat mempromosi Malaysia kepada dunia luar secara meluas dengan kos yang
minima bertepatan dengan maksud peribahasa, ”Sambil Menyelam Minum Air”. Kepentingan
sektor pelancongan ialah kita dapat mempromosikan tempat pelancongan yang
menarik di Malaysia.
Selain
itu, sektor pelancongan dapat mempromosikan makanan setempat di negara kita.
Malaysia mempunyai beraneka jenis makanan yang digemari oleh pelancong. Negara
kita tidak seperti negara lain yang cuma mempunyai satu kaedah masakan.
Masyarakat berbilang kaum di Malaysia mengetahui pelbagai jenis makanan dari
serata dunia seperti yu sang, bau dan char kuey teow daripada kaum Cina,
rendang, ketupat dan nasi lemak daripada kaum Melayu, capati, tosai dan idli
daripada kaum India serta tidak kurangnya masakan barat dan masakan enak
daripada kaum yang berlainan. Masakan yang tidak pernah dirasai oleh pelancong
ini memberikan mereka rasa baharu maka menarik minat mereka untuk mengunjungi
Malaysia. Tegasnya, makanan setempat dapat dipromosikan melalui sektor pelancongan.
Di samping itu, sektor pelancongan dapat
memperkenalkan dan mengembangkan industri kraf tangan di Malaysia. Barangan
kraf tangan buatan rakyat tempatan bukan sahaja bermutu bahkan harga yang
ditawarkan amat berpatutan. Barangan kraf tangan buatan rakyat Malaysia yang
diperbuat daripada kain batik, seramik, kayu, perak, kaca dan kulit amat cantik
dan sesuai dijadikan cenderahati kepada pelancong. Pelancong pasti membeli-belah
barangan kraf tangan buatan Malaysia seperti batik, kain songket, wau dan lain
- lain sebagai buah tangan atau ole-ole buat keluarga atau rakan mereka. Akhir
sekali, sektor pelancongan dapat memperkenalkan budaya Malaysia yang unik lagi
istimewa kepada dunia luar. Kaum-kaum di negara kita yang mempunyai adat,
budaya dan cara pemakanan yang berbeza dan istimewa mampu menarik minat
pelancong asing. Sektor pelancongan dapat mempromosikan warisan ke serata
dunia. Pelancong yang datang ke suatu destinasi pelancongan boleh dihidangkan
dengan persembahan kesenian tradisional Mereka juga diberi peluang untuk
mencuba permainan tradisional. Pakaian tradisional seperti baju kurung boleh
cuba dipakai oleh pelancong asing. Keseronokan pengalaman yang dibawa pulang ke
negara asal pelancong akan menjadi memori indah yang akan menggamit mereka untuk
datang semula ke negara kita. Tegasnya, keunikan budaya masyarakat Malaysia
yang berjaya dipromosi melalui sektor pelancongan sebenarnya memberi imej yang
sangat baik kepada negara Malaysia.
3.0
Halangan dan
cabaran industri pelancongan
Sektor
pelancongan di negara kita berkembang maju dan menjadi sumber pendapatan negara
yang penting. Hal ini menyebabkan tempat pelancongan di negara ini dibuka
dengan banyak seperti cendawan selepas hujan. Kerajaan telah menggerakkan semua
agensinya untuk memastikan sektor pelancongan berkembang pesat sejajar dengan
pembangunan negara yang pantas. Namun, masih ada ruang dan luang yang wajar
dimanfaatkan oleh semua pihak untuk memastikan semua pihak mendapat faedah
daripada perkembangan sektor ini. Jika ditinjau dengan mendalam terdapat banyak
cabaran yang dihadapi oleh sektor pelanconagan di negara kita pada masa depan. Antara
cabaran yang dihadapi termasuklah persaingan sektor pelancongan dengan
negara-negara yang lain. Hal ini demikian,bukan sahaja negara kita tetapi
negara-negara yang lain juga mengetahui kebaikan dan kepentingan sektor
pelancongan terhadap sesebuah negara. Oleh itu banyak negara mempromosikan
pelancongan di negara mereka dan kita hendaklah bersaing dengan mereka untuk
menjadi destinasi utama pelancong. Oleh itu, kita haruslah membuat persediaan
yang cukup untuk menarik para pelancong ke negara kita.
Di
samping itu, pencemaran alam sekitar juga merupakan salah satu cabaran sektor
pelancongan di negara kita pada masa depan. Hal ini disebabkan, pencemaran alam
sekitar kebelakangan ini menjadi semakin buruk akibat sikap tidak
bertanggungjawab segelintir ahli masyarakat dan telah merosakkan kecantikkan
alam sekeliling kita. Pada masa kini,negara kita mempunyai alam sekeliling yang
cantik sekali dan telah menjadi tulang belakang bagi sektor pelancongan di
negara kita. Jika pencemaran alam sekitar menjadi buruk, sektor pelancongan di
negara kita pasti dijejaskan kerana pelancong-pelancong hendak menikmati persekitaran yang cantik dan
bersih bukan yang kotor serta busuk. Selain itu, tidak kestabilan politik di
negara kita juga merupakan cabaran yang kita akan hadapi. Politik yang tidak
stabil akan menjejaskan imej negara. Sebagai contoh, pergaduhan yang berlaku
kebelakangan ini di Thailand. Kekeliruan ini telah menyebabakan pelancong dari
negara lain tidak berani pergi ke sana disebabkan kaselamatan diri semasa
melancong. Ramai pelancong tidak lagi suka datang ke sini atau memberitahu
kawan-kawan mereka tentang keindahan negara kerana imej yang sudah terjejas
itu. Lama-kelamaan, imej yang tidak dijaga ini akan membawa lebih banyak
kemusnahan imej. Jelaslah, politik yang tidak stabil akan membawa banyak kesan
buruk pada sektor pelancongan.
Bukan itu sahaja, kebudayaan tempatan yang
semakin dilupai oleh orang ramai juga merupakan salah satu faktor. Pada era
globisasi ini, terdapat ramai remaja mengabaikan kebudayaan sendiri dan
mempelajari budaya Barat. Remaja hari ini beqranggap bahawa mereka akan
diketawai ileh kawan mereka jika mereka mewariskan budaya daripada nenek moyang
mereka. Kebudayaan merupakan faktor yang penting dalam sektor pelancongan
kerana pelancong-pelancong ingin merasai kebudayaan yang tidak sama di negara
lain. Banyak kebudayaan tempatan semakin dilupai seperti permainan tradisional , seni, persembahan
yang tradisional dan seandai-andainya. Kesimpulannya, negara kita akan
menghadapi banyak cabaran dalam sektor pelancongan pada masa depan. Kita
sebagai ahli masyarakat haruslah menggemblengkan tangan bagai aur dengan dengan
tebing untuk menghadapi segala cabaran masa depan. Marilah Kita bersama-sama
menghadapi cabaran dan menjadikan sektor pelancongan sebagai tulang ekonomi di
negara kita.
No comments:
Post a Comment